Wednesday 9 March 2011

Electrical isolating switch (Fireman's Switch)

Fireman switch atau dalam bahasa adalah suis abang bomba pandai2 aku jer adalah sejenis peranti yang digunakan oleh  bomba untuk mematikan bekalan elektrik pada tingkat2 atau zon-zon tertentu pabila berlakunya kebakaran.

Biasanya diletakkan berhampiran dengan tangga atau lift. So kiranya bila bangunan terbakar kite bakor je! bomba2 ni akan tutup suis ini untuk mengelakan dari bahaya, idok ler payah2 mencari switch board dan merbayakan diri sendiri menutupnya.

Fireman switch ni di letakkan tinggi 2.75 meter dari aras lantai untuk mengelakan dari tangan2 gatal menutupnya. Bomba biasanya ada penyangkuk panjang untuk capai benda tu tak perlulah panjat tangga.

 Mengikut UBBL http://www.malaysialawbooks.com/land.htm klaus 240. m/s 102 Keperluannya ada untuk setiap tingkat atau zon melebihi 929 m2 camna la diorg dapat angka ni, dan suis nya mestilah mengikut kehendak bomba dalam Institution of Electrical Engineers Regulations.

So aku kenalah bagitau orang elektrik supaya aware yang ada fire switch ni supaya tidak susah dikemudian hari..

Penyebab

Assalamualaikum

Mungkin kerana selalu terlupa sebab makan semut byk sangat aku rasa ada baiknya aku mencatatkan peristiwa-peristiwa penting dalam blog ni. Peristiwa yang berkaitan dengan kerja-kerja harian aku. Mungkin boleh berkongsi masalah dengan orang2 yang bermasalah macam aku ni. Harap dapat keberkatan.

P/S: Blog ni buat dalam bahasa kebangsaan sebab aku tak terer grammar supaya boleh dibaca oleh segenap lapisan masyarakat.

Introduction

Pengenalan..